WELCOME TO

DEDE TATANG ADI SAPUTRA


DETATANG ADI SAPUTRA ( -= DTTG =- )

KARBOX BOY, RT.01 RW.05 KAMAL LARANGAN-BREBES (52262)
SPESIAL JUST FOR THEY ARE:
STUDENT SDN KARANG BOKONG 02
1996-2002
SMP N02 LARANGAN
2002-2005
SMK ALHIKMAH 1 BENDA-BUMIAYU
2005-2008
semoga menemukan blog ini dan bisa menyambung kembali tali silaturahmi kita.

Jumat, 04 Februari 2005

wanita sholeh

*
Ciri-Ciri Wanita Solehah

Tahukah anda bagaimana ciri-ciri wanita solehah?

Iaitu ciri-ciri wanita yang diredhai ALLAH. Wanita yang menyejukkan hati mata yang memandang. Bisa menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah.

(Cerita ini diubahsuai semula berdasarkan saranan dan hukum Al-Quran & Hadis)

Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.

"Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)

Si ayah terus menyambung.

"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.

"Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.

"Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULALLAH

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

HAH! Tengok tu, isteri Rasulullah beb... bukannya Siti Nurhaliza, bukannya Britney Spears, bukannya Ning Baizura, dan apatah lagi Jennifer 'Kueh Lopez'...Ciri-ciri Istri Sholehah
1. Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.

2. Sentiasa mentaati perintah suami selagi perintah itu bukan maksiat.

3. Tidak mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suami.

4. Reda dengan setiap pemberian suami walaupun barang itu tidak mahal.

5. Tidak menolak ajakan suami bila ia ingin bermesra dengannya.

6. Tidak meninggalkan rumah melainkan dengan izin suami.

7. Tidak berlaku curang bila ketiadaan suami.

8. Amanah pada anak-anak dan juga harta suami bila ditinggalkan.

9. Sentiasa bersyukur sama ada menerima nikmat atau pun dugaan dari Allah.

10. Tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

11. Menghormati keluarga suami dan juga kaum kerabatnya.

12. Sentiasa berhias diri bila di hadapan suami sebaliknya tidak berhias bila ketiadaan suami.

13. Memakai bau-bauan untuk suami semasa di rumah.

14. Sentiasa bersikap malu terhadap suaminya.

15. Menutup penglihatannya ketika di hadapan suami begitu juga ketika ketiadaannya.

16. Menghantarkan suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya bila ia pulang dengan senyuman.

17. Mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

18. Sentiasa menjaga nama dan maruah suami.

19. Sentiasa menjaga kesihatan, kebersihan dan kesempurnaan diri serta rumahtangganya.

20. Melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu serta segala perintah Allah dan suami dengan tabah dan sabar

Nasihat Rasulullah kepada wanita...........
1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita(isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian iakeluar melintasi kaum lelaki ajnabi,agar mereka mencium bau harumnya,maka iaadalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.(Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)

3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara:keranahartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikannyadan kerana agamanya.Maka carilah yang kuat beragama,nescaya kamu beruntung.

4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu,puasa seblanRamadhan,memelihara kehormatan serta taat pada suami,maka masuklah mana-manapinu syurga yang ia kehendaki.
(RiwayatAhmad Ibnu Hibban,Thabrani,Anas bin Malik)

5. Permpuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhiasbukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di harikiamat,tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)

6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya,tidakditerima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepadasuaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)

7. Wanita yang taat pada suami,semua burung-burung diudara,ikan di air,malaikat di langit,matahari dan bulan semuanya beristighfarbaginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjagasembahyang dan puasanya.(Riwayat Muaz bin Jabal)

8. Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar rotiuntuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkanmuka dan tangannya dari bakaran ap neraka.Tiap-tiap wanita yang menolongsuaminya di dalam urusan agama,maka Allah memasukkannya dalam syuga lebihdahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya didunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligaisuaminya dan menghadapnya.Ya Fatimah,jika seorang wanita meminyakkan rambutsuaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya,memberi
minum Allah akan dia sungaisyurga,diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadisebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasandari nerakan dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
(Riwayat Muaz bin Jabal)

9. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidakpernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun".Maka Allah akan hapuskanamalannya selama 70 tahun,walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah padamalam hari.

10. Apabila wanita mengandung janin dalamrahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya,Allah mencatatkan baginyasetiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.Apabilawanita mulai sakit untuk bersalin,Allah mencatatkan baginya pahala orang yangberjihad pada jalan Allah.Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosadarinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

.
Powered By Blogger

TRUEL WOMEN

TRUEL WOMEN
I LIKE IT

Cari Blog Ini